Friday 9 December 2011

Sejarah Sekolah


Pada tahun 1998, para pelajar dari Kg. Entilibon dan sekitarnya sangat bermasalah ke sekolah yang berdekatan iaitu di SMK Telupid yang jaraknya 25 KM.


Namun disebabkan oleh masalah jalan raya yang tidak sempurna (berbatu dan tanah merah)perjalanan ke SMK Telupid mengambil masa 1 jam.



Hal ini telah menyebabkan ramai pelajar tercicir kerana gagal hadir ke sekolah, tambahan pula asrama SMK Telupid tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai.


Hasil usaha pemimpin masyarakat, tempatan dan dengan sokongan wakil rakyat akhirnya JPN Sabah telah membuka ruang ke arah penubuhan sebuah sekolah di kawasan ini. 


Pada tahun 1999, sebuah sekolah telah dibina di Kg. Entilibon dengan nama SMK Telupid cawangan Entilibon yang menumpang di bangunan SK Entilibon. 
 
Akhirnya, SMK Entilibon ditubuhkan secara rasmi pada 17 Januari 2000 dengan menumpang tapak SK Entilibon.
 
Pengetua pertama En. Jalibin Paidi. Seterusnya pengetua yang kedua adalah En. Ting Sien Kuan dan kini pengetua yang baru En. Yusuf Rosli menerajui sekolah ini.

Pada awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu blok bilik darjah (4 kelas) dan blok pantadbiran. 2 blok tambahan iaitu 1 blok kayu menempatkan 3 buah kelas dan 3 unit rumah guru dibina hasil usaha penduduk sekitar. 
 
Pada tahun 2005, sebuah bengkel KH telah dibina. Sebuah kelas yang dijadikan makmal sains pula dibina pada tahun 2006.

Kemudahan asrama yang dibuka pada bulan Oktober 2005 telah menyebabkan peningkatan enrolmen di SMK Entilibon sehingga memaksa pihak sekolah mengadakan persekolahan dalam dua sesi.
 
Terdapat 2 buat sekolah menengah di sekitar sekolah ini iaitu:
         SMK Telupid (25 km)
SMK Tongod (30 km) 
 
 



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes