Pada tahun 1998, para pelajar dari Kg. Entilibon dan sekitarnya sangat bermasalah ke sekolah yang berdekatan iaitu di SMK Telupid yang jaraknya 25 KM.
Namun disebabkan oleh masalah jalan raya yang tidak sempurna (berbatu dan tanah merah)perjalanan ke SMK Telupid mengambil masa 1 jam.
Hal ini telah menyebabkan ramai pelajar tercicir kerana gagal hadir ke sekolah, tambahan pula asrama SMK Telupid tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai.
Pada
tahun 1999, sebuah sekolah telah dibina di Kg. Entilibon dengan nama SMK
Telupid cawangan Entilibon yang menumpang di bangunan SK Entilibon.
Akhirnya, SMK
Entilibon ditubuhkan secara rasmi pada 17 Januari 2000 dengan menumpang tapak
SK Entilibon.
Pengetua
pertama
En. Jalibin Paidi. Seterusnya pengetua yang kedua adalah En. Ting Sien Kuan dan
kini pengetua yang baru En. Yusuf Rosli menerajui sekolah ini.
Pada awal
penubuhannya sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu blok bilik darjah (4
kelas) dan blok pantadbiran. 2 blok tambahan iaitu 1 blok kayu
menempatkan 3 buah kelas dan 3 unit rumah guru dibina hasil usaha penduduk
sekitar.
Pada
tahun 2005, sebuah bengkel KH telah dibina. Sebuah kelas yang dijadikan makmal
sains pula dibina pada tahun 2006.
Kemudahan
asrama
yang dibuka pada bulan Oktober 2005 telah menyebabkan peningkatan enrolmen di
SMK Entilibon sehingga memaksa pihak sekolah mengadakan persekolahan dalam dua
sesi.
Terdapat
2 buat sekolah menengah di sekitar sekolah ini iaitu:
• SMK Telupid (25 km)
SMK
Tongod (30 km)
0 comments:
Post a Comment